Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, selamat melangsungkan perkahwinan dengan seorang penyelidik Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong, semalam.

Perkahwinan itu diumumkan oleh pasangan pengantin baharu terbabit menerusi kenyataan akhbar anak perempuan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu yang dikongsi dalam akaun Facebook Nurul Izzah Anwar, tengah malam tadi.

“Pada petang 5 Ogos 2022, berwalikan ayahanda pengantin perempuan, kami telah selamat diijabkabulkan di samping keluarga terdekat.

“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir.” (QS. Ar-Rum: 21)

“Kami memohon doa kalian semua – agar kita sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT,” tulisnya.

Nurul Izzah yang juga anak sulung kepada Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebelum ini merupakan ibu tunggal selama tujuh tahun selepas perkahwinannya dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim berakhir pada 2015. – Sumber : KOSMO! ONLINE.

𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗕𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗧𝗲𝗿𝗸𝗶𝗻𝗶,𝗧𝗶𝗽𝘀 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻,𝗞𝗲𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻,𝗥𝗲𝘀𝗲𝗽𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗼𝘁𝗶𝘃𝗮𝘀𝗶 𝗙𝗼𝗹𝗹𝗼𝘄,𝗟𝗶𝗸𝗲 & 𝗦𝗵𝗮𝗿𝗲 𝗣𝗮𝗴𝗲 𝗞𝗮𝗺𝗶 𝗟𝗶𝗳𝗲 𝗟𝗶𝗻𝗲 𝗡𝗲𝘄𝘀

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply