PENYANYI, DATUK SERI SITI NURHALIZA TARUDIN GEMBIRA DAN BERSYUKUR APABILA IMPIAN UNTUK MEMBANGUNKAN SEBUAH SEKOLAH DI GAZA, PALESTIN TERLAKSANA.

Kata Siti, sekolah yang diberi nama sempena nama dua cahaya matanya, Afwa dan Afiyah itu menempatkan 50 pelajar, lelaki dan perempuan berumur seawal empat tahun yang mengikuti pendidikan awal dan hafazan al-Quran.

“RM10,000 diperuntukkan untuk operasinya termasuk bayaran tenaga pengajar. Kadangkala jumlahnya lebih sedikit bergantung kepada keperluan seperti membeli buku dan sebagainya.

“Sahabat kami di sana yang kendalikan sekolah tersebut akan sentiasa memaklumkan tentang pengajian, ujian dan peperiksaan serta sesi hafazan.

“Seronok tengok anak-anak ini. Impian saya dan suami nak pergi (ke sana) apabila keadaan mengizinkan” katanya.

Siti berkata demikian usai sidang media Showcase Persembahan amal Music of The Soul, An Evening with Datuk Seri Siti Nurhaliza bertempat di hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.

Showcase istimewa yang akan diadakan November depan itu akan menampilkan penyanyi, Datuk Awie sebagai artis jemputan.

Menurut Siti, showcase berkenaan adalah yang pertama seumpamanya, menggandingkan beliau dengan legenda rock tanah air itu.

“Saya membesar dengan lagu-lagu daripada kumpulan Wings. Saya dan Awie akan menyanyikan empat lagu pada persembahan itu nanti

“Showcase itu dianjurkan untuk mengumpul dana bagi menjayakan program-program amal dan kebajikan yang diselaraskan di bawah Yayasan Nurjiwa.

“Kami menyasarkan kutipan jualan (tiket) sebanyak RM1 juta untuk disumbangkan kepada Yayasan Nurjiwa bagi membantu golongan kurang bernasib baik dalam negara dan sekolah di Gaza,” ujarnya.

Showcase itu akan diadakan dua malam, pada 5 dan 6 November depan bertempat di Dewan Planery, KLCC.

Tiket dijual pada harga RM188, RM288, RM588, RM788, RM988 dan RM1,188. Untuk pembelian, layari laman web www.myticket.asia. – Sumber : Utusan

𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗕𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗧𝗲𝗿𝗸𝗶𝗻𝗶,𝗧𝗶𝗽𝘀 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻,𝗞𝗲𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻,𝗥𝗲𝘀𝗲𝗽𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗼𝘁𝗶𝘃𝗮𝘀𝗶 𝗙𝗼𝗹𝗹𝗼𝘄,𝗟𝗶𝗸𝗲 & 𝗦𝗵𝗮𝗿𝗲 𝗣𝗮𝗴𝗲 𝗞𝗮𝗺𝗶 𝗟𝗶𝗳𝗲 𝗟𝗶𝗻𝗲 𝗡𝗲𝘄𝘀

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply