ISU KOS SARA HIDUP DAN HARGA BARANG NAIK ANTARA TOPIK YANG DIJANGKA MENJADI PERHATIAN DALAM SIDANG DEWAN RAKYAT HARI INI.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, soalan-soalan berkaitan diajukan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) kepada Perdana Menteri semasa sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan.

Ia diikuti Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Bersatu-Sabak Bernam) dengan meminta Perdana Menteri menjelaskan bilangan rakyat yang dikategorikan sebagai miskin tegar bagi tempoh 2020 hingga kini, serta langkah kerajaan bagi menghapuskan kemiskinan tegar.

Isu mengenai banjir juga turut menjadi tumpuan dimana Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) meminta kepada Menteri Wilayah Persekutuan menjelaskan mengenai pelan jangka panjang dan pendek supaya Kuala Lumpur bebas daripada banjir, termasuk banjir kilat yang sering melanda apabila hujan lebat.

Selain itu, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) dijangka meminta Perdana Menteri menyatakan program dan formula yang akan dirangka kerajaan untuk meningkatkan kesedaran pengundi muda akan tanggungjawab mereka untuk keluar mengundi.

Mengenai Perang Rusia-Ukraine pula, ia akan disentuh Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) melalui soalan yang diajukan kepada Menteri Luar iaitu langkah yang diambil kerajaan untuk membendung kesan secara tidak langsung peperangan itu khususnya kepada ekonomi.

Selepas sesi soal jawab, mesyuarat itu bakal menyaksikan sama ada pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi menggantikan Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said dapat dilaksanakan atau ditangguh buat kali ketiga. โ€“Sumber :ย UTUSANย ONLINE

๐—จ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ถ๐—ป๐—ถ,๐—ง๐—ถ๐—ฝ๐˜€ ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป,๐—ž๐—ฒ๐˜„๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป,๐—ฅ๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—ฝ๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ผ๐˜๐—ถ๐˜ƒ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—™๐—ผ๐—น๐—น๐—ผ๐˜„,๐—Ÿ๐—ถ๐—ธ๐—ฒ & ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ฒ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ด๐—ฒ ๐—ž๐—ฎ๐—บ๐—ถ ๐—Ÿ๐—ถ๐—ณ๐—ฒ ๐—Ÿ๐—ถ๐—ป๐—ฒ ๐—ก๐—ฒ๐˜„๐˜€

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply