“AAX tidak dapat membayar bayaran balik tunai berikutan proses undang-undang bagi penstrukturan semulanya, tetapi kami telah bekerja keras untuk mengimbangi kelangsungan syarikat dengan menawarkan baucar perjalanan untuk anda terbang ke destinasi menarik sekarang dan pada masa hadapan.”

Itu penjelasan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X (AAX), Tan Sri Tony Fernandes mengenai kekecewaan pelanggan syarikat penerbangan itu yang tidak menerima bayaran balik secara tunai untuk penerbangan yang dibatalkan.

Sebaliknya menurut Tony, AAX memberikan baucar perjalanan bernilai lebih AS$92 juta (RM kepada lebih suku juta tempahan, mewakili kira-kira 80 eratus daripada jumlah tempahan.

“Dan kami sedang menyelesaikan kumpulan tetamu terakhir supaya semua orang menerima kelayakan mereka.

“Sekali lagi, terima kasih untuk kesabaran dan kefahaman kepada kami, setelah melalui dua tahun yang paling sukar tanpa keuntungan ketara atau sebarang subsidi oleh kerajaan.

“Kami kini fokus untuk kembali dengan lebih kuat. Kami tidak sempurna tetapi kami berusaha untuk melakukan semua yang kami mampu untuk para tetamu kami. Kini kami kembali terbang tinggi dan akan memastikan semua orang boleh terbang semula.”

AAX mengumumkan, ia telah berjaya menyelesaikan lebih 270,000 tempahan yang dibatalkan akibat pandemik sejak dua tahun lalu, termasuk semua pemegang Pas Tanpa Had RM499, melalui baucar perjalanan sah sehingga lima tahun dengan nilai penuh.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AAX, Benyamin Ismail berkata, syarikat memberi jaminan kepada semua tetamu bahawa ia terus komited kepada mereka yang mempunyai tunggakan tempatan, apabila kembali beroperasi.

Beliau memberitahu, sebelum pandemik melanda, AAX telah menerbangkan lebih 40 juta tetamu dan berharap dapat menerbangkan lebih ramai pada masa hadapan.

“Kami juga telah memanfaatkan tempoh sekatan perjalanan dua tahun lalu untuk menyemak, menetapkan semula dan mengembalikan operasi kami dengan lebih teguh untuk masa depan yang lebih mampan dan berdaya maju.

“AAX kini mungkin mempunyai asas kos terendah dalam industri ini untuk menjadi lebih kompetitif berbanding sebelum ini dan membolehkan kami menawarkan nilai terbaik sekali lagi kepada para tetamu.

“AAX kini kembali terbang tinggi sejajar dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa. Kami akan terus menawarkan destinasi kegemaran ramai dan percaya berikutan sekatan perjalanan selama lebih dua tahun, terdapat permintaan yang kukuh untuk perjalanan jarak sederhana dan jauh,” katanya. –Sumber :  UTUSAN

𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗕𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗧𝗲𝗿𝗸𝗶𝗻𝗶,𝗧𝗶𝗽𝘀 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻,𝗞𝗲𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻,𝗥𝗲𝘀𝗲𝗽𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗼𝘁𝗶𝘃𝗮𝘀𝗶 𝗙𝗼𝗹𝗹𝗼𝘄,𝗟𝗶𝗸𝗲 & 𝗦𝗵𝗮𝗿𝗲 𝗣𝗮𝗴𝗲 𝗞𝗮𝗺𝗶 𝗟𝗶𝗳𝗲 𝗟𝗶𝗻𝗲 𝗡𝗲𝘄𝘀

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply