Pasangan kekasih yang ditahan susulan kontroversi persembahan komedi di Kuala Lumpur bulan lalu memohon dana awam (crowdfunding ) bagi membayar wang ikat jamin sebanyak RM40,000,

Peguam R Sivaraj berkata Siti Nuramira Abdullah, 26, dan Alexander Navin Vijayachandran, 38, terpaksa menggunakan kaedah itu susulan kekangan kewangan bagi membayar jumlah yang agak tinggi.

Sivaraj berkata setakat ini mereka hanya berjaya mengumpulkan RM3,000 yang dikumpulan hasil sumbangan peguam, NGO dan orang awam.

“Mereka ada simpanan dalam bank, tetapi mereka di penjara, jadi mereka tidak dapat akses kepada akaun masing-masing.

“Jiran mereka (yang menjadi penjamin) juga berkata tidak dapat buat apa-apa, mereka mahu keluarkan menggunakan kad kredit tapi mereka tidak tahu nombor pin,” katanya.

Setakat ini, kata peguam, mereka masih mencari platform yang sesuai bagi memudahkan memulangkan semula sumbangan penderma, selepas kes selesai. – Sumber : malaysiakini

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply