Mayat sepasang suami isteri ditemukan di ruang tamu sebuah rumah dipercayai dibunuh di Taman Bercham Aman, Bercham di sini hari ini.

Pasangan berusia lingkungan 40-an itu disyaki dibunuh ahli keluarganya.

Setakat pukul 11.45 pagi, pasukan polis masih berada di lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.

Turut berada di lokasi kejadian, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Anuar Othman dan Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan. – KOSMO! ONLINE

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply