Malaysia di­kenal pasti antara empat negara di dunia yang pa­ling banyak me­nerima pelbagai jenis sampah-sarap diimport dari Kanada secara ha­ram setiap tahun.

Perkara itu didedahkan pengasas RightOnCanada, Kathleen Ruff kepada portal berita terkenal, Politico, berpangkalan di Washington DC, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

“Sebahagian besar sisa pepejal berkenaan ialah skrap plastik dan kertas kotor serta bateri terpakai, sampah elektronik dan besi buruk,” kata pe­mimpin badan alam sekitar bebas tersebut.

Selain Malaysia, ujar­nya, negara lain yang turut mendapat puluhan kontena berisi sampah itu dengan dihantar menerusi lebih 100 buah kapal dagang ialah Hong Kong, India dan Vietnam.

Ironinya, aktiviti ha­ram berkenaan jelas beliau, sudah lama dikesan oleh kerajaan Kanada sejak 2017 dengan kesemua sampah sarap tersebut dianggarkan seberat le­bih 2,300 tan metrik.

Bagaimanapun, pihak berkuasa negara maju itu hanya mengeluarkan surat amaran dan denda kepada syarikat perkapalan sebanyak C$400 (RM1,365) hingga C$2,000 (RM6,827) sahaja.

Hukuman yang diang­gap terlalu rendah itu tegasnya, menjadi bahan jenaka di Kanada sen­diri kerana ia memberi mesej salah bahawa negara tersebut tidak serius dalam isu berkenaan.

Difahamkan sejak lima tahun lepas, cuma 21 surat amaran dikeluarkan dan 23 notis denda diberikan kepada firma perkapalan terlibat atas kesalahan mengeksport produk tanpa permit.

Nama kesemua syarikat berkenaan tidak didedahkan kerana mereka bukan didakwa di mah­kamah,” kata Ruff. –Sumber : UTUSAN

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply