Pemberian subsidi bagi minyak masak jenis paket dengan isi padu satu kilogram akan diteruskan kerajaan dalam usaha meringankan beban Keluarga Malaysia ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, subsidi itu yang diberikan sejak tahun 2007 itu akan diteruskan dengan melibatkan sebanyak 66,000 tan metrik sebulan.

“Minyak masak yang ada subsidi ialah sebanyak 60,000 tan metrik sebulan, melebihi keperluan pengguna iaitu sebanyak 55,000 tan metrik sebulan. Kerajaan berikan subsidi jadi tiada sebab tidak cukup.

“Subsidi kerajaan berikan untuk minyak masak paket dengan harga RM2.50 bagi satu paket berbanding harga pasaran sebenar iaitu RM9 untuk satu kilogram,” katanya pada satu sidang akhbar khas di sini tadi.

Jelasnya, subsidi itu tidak akan ditarik balik dan akan diteruskan seperti biasa.- Sumber : Kosmo Online

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.