Nasib Samirah dan dua remaja lelaki yang menghadapi pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), Nazrin Hassan akan diketahui di Mahkamah Tinggi di sini, esok.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ab. Karim Ab. Rahman menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan sejak 7 April lalu.

Pada prosiding peringkat pendakwaan itu telah memanggil seramai 57 saksi pendakwaan.

Sekiranya, pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie, bermakna Samirah dan dua remaja itu akan menjalani proses bela diri.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah, Tengku Intan Suraya Tengku Ismail dan Nur Sabrina Abu Bakar manakala pasukan pembelaan terdiri daripada peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah serta Rahmat Hazlan.

Mengikut pertuduhan, Samirah Muzaffar, 47, dan dua lagi remaja serta seorang lagi yang masih bebas warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari didakwa dengan niat bersama-sama melakukan pembunuhan yang menyebabkan kematian Nazrin, 47.

Kesalahan dilakukan di sebuah rumah di Mutiara Damansara, Petaling Jaya dekat sini pada 13 Jun hingga 14 Jun 2018. -Sumber : KOSMO!ONLINE

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.