Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mendedahkan bahawa beliau menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri sebuah negara yang memohon bantuan bekalan minyak masak, lapor laman berita Kompas, kelmarin.

Menurut Jokowi, pemimpin negara tersebut merayu kepada beliau agar stok minyak masak dikirimkan dalam masa satu hingga dua hari lagi.

“Tidak perlu saya dedahkan siapakah perdana menteri itu, tetapi fakta yang ingin saya fokuskan di sini adalah krisis ekonomi dunia sedang berlaku dan kita perlu bersiap sedia.

“Menurut perdana menteri berkenaan, jika stok minyak tidak tiba dengan segera, krisis sosial yang diburukkan lagi oleh keadaan politik akan berlaku, sama seperti yang sedang terjadi Sri Lanka ketika ini,” tegasnya.

Tambah Jokowi, Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebelum ini menyatakan bahawa akan terdapat kira-kira 60 negara yang ekonominya akan runtuh.

Ancaman krisis makanan, krisis tenaga serta kenaikan inflasi dialami oleh semua negara pada masa ini dan ia adalah kenyataan yang tidak boleh dielakkan.

“Oleh itu, kita semua benar-benar perlu mempersiapkan diri. Kita adalah negara yang besar dan memerlukan ‘tabung’ makanan dan tenaga yang mencukupi untuk semua sektor,” ujar beliau.- Sumber : Kosmo Online

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.