Harga petrol dan diesel di Britain dilaporkan terus melonjak termasuk di negara-negara Eropah rentetan pencerobohan Russia ke atas Ukraine, lapor laman berita Wion News semalam.

Kelab Automobil Diraja Britain (RAC) menggelar perkara tersebut sebagai ‘hari yang benar-benar gelap’.

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Boris Johnson berkata, lonjakan berlaku terutamanya disebabkan oleh pandemik Covid-19 dan perang di Ukraine. RAC telah meminta kerajaan Britain untuk mengurangkan cukai jualan ke atas petrol dan diesel. Satu liter petrol kini berharga £1.82 (RM10.00) dan diesel pula £1.88 (RM10.33).

Keadaan bertambah buruk selepas Presiden Vladimir Putin mengisytiharkan perang ke atas Ukraine pada Februari lalu dengan negara-negara Barat memboikot minyak Russia.

Amerika Syarikat (AS) telah mengumumkan larangan penuh ke atas import minyak Russia ketika Britain dan Kesatuan Eropah (EU) berusaha menamatkan pergantungan kepada bekalan tenaga Moscow.

Di tengah-tengah kenaikan mendadak harga petrol itu, inflasi Britain mencecah paras tertinggi dalam 30 tahun pada bulan lepas.-Sumber : Kosmo Online

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.