Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengisytiharkan darurat bekalan tenaga di negara itu dengan menyalahkan Russia atas pelbagai krisis yang melanda Washington ketika ini, lapor laman berita RT, kelmarin.

Biden berkata, AS mungkin tidak dapat menjana tenaga elektrik yang mencukupi bagi memenuhi permintaan pengguna disebabkan konflik di Ukraine.

Beliau mengisytiharkan darurat tenaga pada Isnin lalu sambil menambah bahawa keselamatan negara dan kualiti hidup rakyat AS terancam oleh potensi kekurangan bekalan kuasa.

“Pelbagai faktor mengancam keupayaan AS untuk menyediakan penjanaan elektrik yang mencukupi untuk memenuhi permintaan penggunaan rakyat.

“Faktor-faktor ini termasuk gangguan pasaran tenaga yang disebabkan oleh pencerobohan Russia ke atas Ukraine dan kejadian cuaca ekstrem yang diburukkan lagi oleh perubahan iklim,” kata Biden.

Peningkatan kebergantungan kepada tenaga boleh diperbaharui telah dipersalahkan atas gangguan bekalan elektrik di negeri-negeri seperti California dan Texas.

Kuasa suria dan angin juga tidak menentu, lantas menyebabkan tempoh masa permintaan tinggi tidak mampu dipenuhi oleh penghasilan tenaga.

Dalam pada itu, Biden turut menyalahkan Russia atas peningkatan harga bahan api di AS dan lonjakan inflasi ke paras tertinggi dalam tempoh 40 tahun selain mengaitkan krisis makanan global berlaku akibat peperangan Rusia-Ukraine. – Sumber : Kosmo Online

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.