Tidak sampai dua jam, hampir 1,000 ekor ayam standard dengan harga RM7.90 sekilogram terjual pada Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) peringkat Parlimen Gua Musang anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), di sini, hari ini.

Program di tapak pasar malam Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Sungai Asap B selama dua hari yang bermula semalam itu dikunjungi kira-kira 2,000 pengunjung yang terdiri daripada suri rumah.

Pengunjung, Hasnah Abdullah, 32, berkata, seawal 8 pagi, dia sudah datang untuk membeli barang keperluan asas.

“Program seperti ini sangat dinantikan oleh kami kerana dapat membeli barang dengan harga yang lebih murah.

“Ayam sudah tentu antara barang basah yang akan saya beli, harga di pasar pun dah RM10, tapi di sini hanya RM7.90 sekilogram.

“Saya harap program seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang kerana ia sedikit sebanyak membantu meringankan beban kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui pada program itu, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Gua Musang, Mohd Koma Shapii berkata, sebanyak 1,950 ayam terjual selama dua hari program berlangsung.

“Program ini bermula sejak semalam, menjual pelbagai barangan keperluan seperti beras, sayur-sayuran, ikan dan minyak masak yang dijual dengan harga rendah daripada harga pasaran.

“Alhamdulillah sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan kami berharap melalui program ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat terutama mereka yang kurang bernasib baik.

“Keseluruhan jualan pada program ini adalah sebanyak kira-kira RM75,000,” katanya.

Mohd Koma berkata, sehingga Mei 2022 sebanyak 10 siri PJKM peringkat Parlimen Gua Musang sudah dilaksanakan.

“Sasaran utama kami adalah golongan B40 untuk mendapatkan bekalan barangan keperluan asas dengan harga rendah dari pasaran,” katanya.- Sumber : hmetro

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.