Perintah reman ke atas lelaki yang terlibat kes bunuh dan kerat ibu kandungnya kepada 15 bahagian di Taman Kerian dekat sini, disambung tujuh hari lagi. Tempoh tahanan reman sehingga Rabu depan itu dikeluarkan terhadap suspek berusia 42 tahun setelah tempoh reman empat hari sejak Ahad lalu berakhir hari ini.

Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi mengeluarkan perintah reman itu di Mahkamah Majistret Parit Buntar di sini hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek yang berpakaian lokap itu tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9 pagi dengan diiringi anggota polis sebelum meninggalkan mahkamah tiga jam kemudian.

 

Media pada Ahad lalu melaporkan, seorang wanita warga emas berusia 68 tahun yang dilaporkan hilang oleh anak perempuannya sejak 28 Mei lalu ditemukan mati dengan tubuhnya dikerat kepada 15 bahagian.

Kes pembunuhan kejam warga emas itu terbongkar selepas jiran mangsa terhidu bau busuk luar biasa dari rumah wanita itu sebelum melaporkan kepada pihak polis pada Sabtu.-Sumber –KOSMO! ONLINE

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.