Jemaah umrah wanita yang baru pulang dari Tanah Suci Makkah menghembuskan nafas terakhir sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Menurut laporan Mutawif jemaah berkenaan, Zakariya Abd Rasip yang dimuat naik seorang wanita di Facebook berkata, jemaah terbabit difahamkan rebah dan pengsan sejurus keluar daripada pintu pesawat.

Menurutnya, mangsa juga dibantu oleh kru kapal dan pasukan perubatan namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Alhamdulillah jenazah Allahyarhamah jemaah umrah kumpulan dua dari Kota Tinggi, Johor kembali ke rahmatullah selepas keluar pintu pesawat.

“Jenazah juga telah selamat diuruskan dengan kerjasama baik dari kru Malaysia Airlines (MAS), kakitangan dan polis KLIA,” catatnya di hantaran berkenaan.

Katanya, laporan juga sudah dibuat di pejabat imigresen dan Balai Polis KLIA serta jenazah sudah dihantar ke Hospital Serdang untuk urusan selanjutnya.

“Semoga Allah memuliakan Almarhumah husnul khatimah dan takziah buat seluruh keluarga,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah KLIA Asisten Komisioner Imran Abd Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian.- Sumber : Harian Metro

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.