Warisan Care jamin pelajar punyai kerja selepas tamat pengajian, khususnya dalam sektor peruncitan. Ahamdulillah, dengan kerjasama daripada Kuala Lumpur City College, tawaran pengajian sambil bekerja dibuka kepada pelajar lepasan sekolah menengah yang berminat melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

Hari ini kita sedar bahawa ramai dalam kalangan graduan tidak mempunyai pekerjaan sehingga menyebabkan pengangguran di negara ini.

Dengan ada usaha sama ini, WARISAN mahu pastikan golongan muda khususnya dari kawasan luar bandar mampu mendapatkan pekerjaan.

Para pelajar yang memohon dengan kolej ini berupaya mendapatkan diploma atau sijil kemahiran apabila tamat pengajian, dan pada masa yang sama sambil bekerja dalam sektor berkaitan dengan kursus dipohon.

Pelajar-pelajar lepasan sekolah ini mempunyai pilihan untuk menjadi usahawan sendiri dengan rangkaian runcitan sedia ada atau teruskan bekerja. Saya difahamkan, kolej berkenaan mampu menampung seramai 5,000 pelajar dan asrama juga disediakan.

Kita juga akan memastikan kebajikan, keselamatan para pelajar sentiasa dijaga. Pengalaman kerja ini penting kepada pelajar untuk melangkah lebih jauh di masa hadapan.

Usaha seumpamanya akan diteruskan kerana ianya demi kebaikan rakyat khususnya di Sabah bagi membantu menyelesaikan masalah pengangguran.

Saya juga mencadangkan agar pihak kolej mengembangkan latihan industri ke sektor kejuruteraan atau perindustrian yang berkaitan dengan rangkaian peruncitan.

Dalam masa yang sama, suka saya tegaskan sekali lagi bahawa Warisan akan kukuhkan parti secara dalaman terlebih dahulu, ini fokus keutamaan kita pada masa ini. Lepas kukuhkan parti ini barulah kita boleh bincang mengenai kerjasama pintar tetapi kerjasama dengan pemimpin atau parti berkenaan perlulah berdasarkan perjuangan secara inklusif kerana Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang bangsa.

Kepimpinan ang ada nanti perlulah mempunyai sikap terbuka kepada negeri Sarawak dan Sabah kerana kedua-dua negeri ini adalah dalam negara Malaysia.

Tidak dinafikan sekiranya kerajaan negeri ditubuhkan, ia memerlukan kerjasama pintar dari Semenanjung Malaysia tetapi perlu melihat apa dasar diperjuangkan.

Sudah tiba masanya rakyat Malaysia bangun dan bergerak ke hadapan bersama-sama semua bangsa. Pembaharuan juga perlu dilakukan dalam struktur politik negara ini.

Kredit: Shafie Apdal / Utusan Malaysia / Utusan Borneo

 

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.