Pelakon, Emma Maembong dikecam orang ramai selepas memuat naik imej terbaru.

Melalui hantaran terbaru di Instagram, Emma dilihat memakai singlet berwarna putih.

Susulan itu, netizen ‘mentarbiah’ pelakon Nusyuz Berkiblat Cinta itu serta memintanya supaya kembali menutup aurat seperti yang pernah dilakukanya suatu ketika dulu.

“Semakin seksi sekarang! Kalau bertutup-litup macam dulu balik kan lagi lawa,” kata salah seorang netizen.

Seorang lagi penguna alam maya berkata: “Simpanlah auratmu Emma! Semoga mendapat hidayah secepat mungkin, Allah dah kurniakan anak yang comel dan bijak,” katanya.

Untuk rekod, Emma sering menjadi sasaran pengguna media sosial selepas menanggalkan hijab pada tahun 2019.

Aktres itu pernah berhijab pada 2014 namun menanggalkan hijab selepas lima tahun.–Sumber : Malaysiakini

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.