Seorang gadis dari wilayah Sumatera Barat menjadi sensasi internet kerana memiliki nama yang unik iaitu Midle Four, lapor portal Wolipop hari ini.

Berdasarkan satu klip video yang tular di TikTok, gadis tersebut berkongsikan butiran peribadi bagi surat hematologi yang tersilap meletakkan jantinanya sebagai lelaki.

Pada butiran tersebut, apa yang menjadi perhatian netizen adalah nama sebenar gadis berkenaan yang ditulis sebagai Midle Four.

Menurut gadis berusia 25 tahun itu, idea untuk memberikan nama tersebut datang daripada kedua-dua ibu bapanya.

“Nama Midle diberi oleh ayah, manakala nama Four diberi oleh ibu. Nama ini juga diambil bersempena dengan pekerjaan ayah.

“Dipendekkan cerita, ketika lahir dahulu, ayah bekerja di salah satu lombong arang batu milik warga asing. Arang batu terdiri daripada beberapa lapisan dan lapisan dengan kualiti terbaik terletak di bahagian tengah,” katanya.

Tambah Midle Four, kedua-dua ibu bapanya juga berharap agar dia dapat menjadi seseorang yang baik, berkualiti dan membanggakan.

“Nama Four pula bermaksud saya merupakan anak keempat dan penutup dalam adik beradik kami,” ujarnya.  Sumber : – K! ONLINE

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.