Buat pertama kali bertanding di luar negeri asalnya, Parti Warisan Sabah (Warisan) akan meletakkan enam calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022.

Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, enam calon itu akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pekan Nanas, Bekok, Mahkota, Johor Jaya, Bukit Batu dan Permas.

Beliau berkata, kesemua calon tersebut adalah anak tempatan dan mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan serta pengalaman kerjaya termasuk pegawai khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), penasihat undang-undang, aktivis dan juga usahawan.

“Bagi DUN Pekan Nanas kita meletakkan Hishamuddin Busri sebagai calon yang akan bertanding di DUN berkenaan, manakala untuk DUN Bekok akak diwakili Sandra Segaran Aramugan.

“Untuk DUN Mahkota, kita mempertaruhkan Mohamed Noor Suleiman, DUN Johor Jaya, Chen Hain Kai, DUN Bukit Batu, Lee Ming Wen dan DUN Permas, Mohamed Ridza Busu,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengumuman Calon Warisan PRN Johor 2022 di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Presiden Warisan, Datuk Darell Leiking, Naib Presiden Warisan, Datuk Jaujan Sambakong dan Pengerusi Warisan Johor, Suhaimi Salleh.- Sumber : KOSMO! ONLINE.

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.