Penduduk di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak diingatkan sentiasa berwaspada khususnya yang berada di kawasan rendah ekoran amaran ribut petir yang dikeluarkan.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di Facebook berkata, hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka berlaku bagi keseluruhan negeri Perlis, Kedah serta Pulau Pinang.

Selain itu, cuaca buruk yang sama diramal berlaku di Perak melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar.

β€œIa dijangka berterusan sehingga pukul 5 petang nanti,” katanya.

Tambah MetMalaysia, beberapa kawasan di hampir kesemua negeri sekitar semenanjung bakal berdepan dengan situasi hujan berterusan sehingga 26 Februari 2022.

Oleh itu, MetMalaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada bagi negeri-negeri yang terlibat sebagai langkah berjaga-jaga. –Sumber : – K! ONLINE

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.