Belum habis hilang kesedihan selepas pemergian cucu tersayang dua hari lalu, seorang wanita warga emas terpaksa pula meratapi kematian suaminya hari ini.

MAHU MELANCONG LIHAT INI

Jumaat lalu, Mahani Hamid, 68, bersedih atas kematian cucu perempuannya, Nur Alisha Safiya Mohd Azlin, 7, selepas dirempuh van sekolah dinaiki di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi, di sini.

Pagi tadi, dia menerima berita kematian suaminya, Saad Hashim, 70, akibat derita penyakit kencing manis sejak 10 tahun lalu.

Mahani ketika dihubungi berkata, arwah suaminya menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 4 pagi tadi di kediamannya di Felda Keratong 5, Bandar Tun Razak, Pahang.

Beliau berkata, kehilangan dua insan tersayang dalam tempoh 48 jam adalah sesuatu yang memeritkan.

“Saya akui berat untuk terima pemergian dua insan tersayang serentak. Baru semalam saya ziarah cucu, hari ini suami pula meninggalkan saya,” katanya.

Katanya, dia sempat menatap wajah cucunya buat kali terakhir ketika solat jenazah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, malam semalam.- Sumber : – K! ONLINE

Teruskan bersama kami selepas anda membaca sila like & share. Terima kasih

Subscribe like & share channel kami untuk berita terkini & sensasi, terima kasih

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.