Sebuah kediaman sempit dengan keluasan menyamai sebuah garaj di Britain diiklankan untuk dijual pada harga £395,000 (RM 2.2 juta), lapor akhbar The Sun kelmarin.

MAHU MELANCONG LIHAT INI

Rumah kecil dilengkapi satu bilik tidur, satu bilik resepsi dan satu bilik mandi itu dilabel sebagai ‘hartanah unik’.

Terletak di Stewart Grove,  Chelsea, kediaman sekangkang kera  seluas 22.6 meter persegi itu dicat dengan rona pelangi.

“Sebuah kediaman jenis studio pegangan bebas yang terletak di tengah bandar Chelsea.

“Kediaman di lokasi ideal ini berpotensi menjadi rumah yang hebat di London atau dijadikan sebagai pelaburan hartanah,” demikian kenyataan yang ditulis pada iklan  rumah tersebut.

Iklan  itu bagaimanapun mengingatkan bakal pembeli bahawa kediaman itu ‘memerlukan pengubahsuaian’.

Sumber : – K! ONLINE

Teruskan bersama kami selepas anda membaca sila like & share. Terima kasih

Subscribe like & share channel kami untuk berita terkini & sensasi, terima kasih

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.