Arwah pernah berkongsi mahu pergi jauh meninggalkan keluarga,” kata Mahani Hamid, 68, nenek kepada Nur Alisha Safiya Mohd. Azlin, 7, kanak-kanak perempuan yang maut dirempuh van sekolah, tengah hari semalam.

MAHU MELANCONG LIHAT INI

Mahani berkata, dia tidak menyangka kata-kata arwah itu menjadi petanda bahawa arwah akan pergi meninggalkannya sekeluarga.

“Saya dimaklumkan oleh menantu bahawa arwah pernah maklumkan mahu pergi jauh meninggalkan keluarga,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarga arwah di Taman Intan Baiduri, Labu Lanjut, Salak Tinggi hari ini.

Katanya, arwah bersama keluarga sempat pulang ke rumahnya di Felda Keratong 5, Bandar Tun Razak, Pahang pada minggu lalu.

Menurutnya, ketika itu, semua lima anaknya bersama cucu berkumpul di kampung sambil menziarah suaminya, Saad Hashim, 70, yang menghidap kencing manis sejak 10 tahun lalu.

“Ketika di kampung, Nur Alisha Safiya cukup ceria sedangkan dia seorang yang pemalu serta pendiam sebelum ini.

“Malah, pada malam pertama di kampung, arwah tidak tidur hingga pagi dan menghabiskan masa bermain bersama sepupu-sepupunya.

“Saya perasan ketika mahu pulang, arwah memeluk saya dengan lama, berbeza sebelum ini,” katanya.

Sumber : – K! ONLINE

Teruskan bersama kami selepas anda membaca sila like & share. Terima kasih

Subscribe like & share channel kami untuk berita terkini & sensasi, terima kasih

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.