Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin malam ini menyaksikan kesemua 28 calon gabungan pilihan raya negeri Melaka menandatangani borang ‘aku janji calon pilihan raya negeri.’

MAHU MELANCONG LIHAT INI

Borang tersebut bertujuan bagi mencegah calon-calon daripada terlibat dalam sebarang bentuk jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa apabila mereka menang dalam pilihan raya negeri itu.

Antara lain, borang tersebut menyatakan: “Saya akan menolak sebarang bentuk jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, serta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam mencegah sebarang bentuk jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.”Saya tidak akan melibatkan diri dalam sebarang bentuk kenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, sama ada langsung atau tidak langsung.

“Saya akan melaporkan kepada SPR. dengan segera sebarang bentuk jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang melibatkan saya atau kakitangan di bawah seliaan saya.”

Ia juga menyatakan supaya calon mematuhi sepenuhnya undang-undang yang diperuntukkan dalam Akta SPRM 2009 dan undang-undang yang berkaitan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai ahli dewan undangan negeri.

Program menandatangani aku janji itu berlangsung di bilik gerakan utama Perikatan Nasional di Tanjung Minyak, Melaka.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 November dan undi awal pada 16 November selepas pembubaran DUN pada 4 Oktober lepas.- Sumber : malaysiakini

Teruskan bersama kami selepas anda membaca sila like & share. Terima kasih

Subscribe like & share channel kami untuk berita terkini & sensasi, terima kasih

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.