Menjelang pilihan raya umum ke-14, pengerusi CIMB ketika itu Nazir Razak mengaku kecenderungannya terhadap Pakatan Harapan berbanding BN – yang dibina oleh bapa dan dipimpin abangnya.

MAHU MELANCONG LIHAT INI

Pendirian itu susulan munculnya skandal 1MDB – yang Najib Razak dilaporkan berkali-kali mengetepikan nasihat dan amarannya.

Nazir berkata sokongannya kebanyakan diberikan di belakang tabir.Bagaimanapun, pada suatu ketika, dia ada berbincang dengan isteri Azlina Aziz untuk mengumumkan secara terbuka.

“Dia sokong saya letak jawatan sebagai pengerusi CIMB bagi membolehkan saya sokong kempen pilihan raya PH,” katanya dalam memoir yang baru diterbitkan.

Azlina, katanya, menaja kempen pulang mengundi.Pada Januari 2014, Nazir menulis berkaitan legasi bapanya yang berjimat cermat dan bertanggungjawab dengan dana awam, yang diharapkannya menjadi peringatan kepada Najib dalam isu 1MDB.

Katanya, susulan penyiaran artikel itu di akhbar, dia, isteri dan anak-anak menjadi mangsa serangan tentera siber yang dipercayainya datang daripada kem Najib.

Isterinya, kata nazir, mahu menuding jari secara terbuka kepada Najib dan isterinya Rosmah Mansor.

Ingin mengelakkan pertembungant terbuka, Nazir berkata, dia kemudian menelefon Najib.

“Dia nafi tahu-menahu dengan serangan itu tetapi mengaku ia mungkin datang daripada kemnya.

“Orang marah dengan saya (Nazir), jelas Najib, kerana menulis artikel itu,” kata Nazir.

Dalam buku biografinya, Nazir membuat spekulasi bahawa serangan maya itu bertujuan menakut-nakutkannya daripada mengulas isu 1MDB.

Perkara itu dilaporkan menjejaskan hubungan Azlina dan Najib.

Ia dikatakan menyebabkan Najib mengelak majlis sosial melibatkan adik iparnya, termasuk majlis berbuka puasa Ramadan pada 2015 di mana Rosmah dikatakan memarahi Nazir.

Nazir bagaimanapun berkata tidak jadi menyokong PH secara terbuka selepas mendapat nasihat daripada Rafidah Aziz dan Ngaire Woods, ahli akademik daripada Universiti Oxford.

Katanya, Rafizah tidak menggalakkan perkara itu kerana ia boleh membuatkan ibu mereka Rahah Noah sedih.

Sumber : malaysiakini

Teruskan bersama kami selepas anda membaca sila like & share. Terima kasih

Subscribe like & share channel kami untuk berita terkini & sensasi, terima kasih

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.