Seramai 18 individu termasuk empat wanita dikompaun selepas melanggar prosedur operasi standard (SOP) apabila mereka didapati berkumpul dan terlibat dalam kaedah rawatan tradisional ‘main puteri’ di sebuah rumah di Kampung Sungai, Bachok semalam.

MAHU MELANCONG LIHAT INI

Kompaun bernilai RM60,000 itu dikeluarkan terhadap kesemua individu berusia 23 hingga 63 tahun kira-kira pukul 2 pagi.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam yang memaklumkan bahawa terdapat aktiviti ‘main puteri’ sehingga menyebabkan 100 individu berkumpul menyaksikan kaedah rawatan tradisional itu di rumah berkenaan pada pukul 12.30 tengah malam.

Menurutnya, polis telah bergegas ke rumah berkenaan dan memberi amaran agar orang ramai bersurai daripada aktiviti itu.

“Selepas satu jam setengah kemudian, polis sekali lagi menjalankan rondaan di rumah itu dan mendapati mereka tidak mengendahkan larangan tersebut. Polis terus menyerbu rumah itu, namun ramai pengunjung telah melarikan diri.

“Bagaimanapun, kita berjaya menahan 18 individu termasuk tuan rumah dan individu yang terbabit dalam kaedah rawatan tradisional itu sebelum mengeluarkan kompaun terhadap mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Menurut Muhamad Zaki, jumlah RM60,000 kompaun yang dikeluarkan itu melibatkan tiga orang penganjur aktiviti masing-masing dikompaun RM10,000 manakala 15 orang lagi RM2,000 setiap seorang.

Ujarnya, kompaun itu dikeluarkan mengikut Peraturan 8, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit, Pelan Pemulihan Negara 2021 kerana melakukan aktiviti terlarang.

“Aktiviti berkumpul beramai-ramai tidak dibenarkan kerana kes Covid-19 masih tinggi ketika ini. Kompaun yang dikeluarkan ini merupakan satu pengajaran memandangkan jangkitan Covid-19 di Kelantan meningkat kepada lebih 800 kes sejak beberapa hari lalu,” katanya.

Tambahnya, berdasarkan rekod, polis Kelantan telah mengeluarkan sebanyak 5,359 kompaun melibatkan pelbagai kesalahan termasuk melanggar SOP sejak Mac tahun lalu sehingga semalam.- K! ONLINE

Teruskan bersama kami selepas anda membaca sila like & share. Terima kasih

Subscribe like & share channel kami untuk berita terkini & sensasi, terima kasih

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.