Kementerian Komunikasi dan Multimedia bakal melancarkan rangkaian 5G yang pertama di Kuala Lumpur esok seperti yang dirancang di bawah Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL).

MAHU MELANCONG LIHAT INI

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, pelancaran itu adalah untuk tahun yang pertama sebelum mencapai kira-kira 36 peratus liputan di seluruh negara.

“Kemudian secara berperingkat-peringkat liputan 5G akan diperluaskan selepas dilancarkan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya.

“Pada tahun hadapan pelancaran 5G akan ditumpukan pula di negeri padat penduduk termasuk Pulau Pinang, Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak,” ujarnya ketika sidang akhbar ketika majlis penyampaian bantuan Deepavali Rumah Prihatin di Rumah Prihatin@Grand Seasons, di sini hari ini.

Beliau berkata, perkhidmatan 5G adalah ‘game changer’ bagi ekonomi negara untuk masa hadapan yang akan mewujudkan peluang pekerjaan dalam kegiatan-kegiatan berteknologi tinggi dengan menggunakan perkhidmatan 5G.

“Sekarang ini, jendela yang memfokuskan kepada kemudahan 4G sedang berjalan dan kita sedang giat melancarkan 5G.

“Jadi, semua ini mesti dimanfaatkan oleh rakyat, maka Pusat-pusat Ekonomi Digital (PEDi) termasuk yang dibuka di Rumah Prihatin ini adalah untuk memastikan rakyat mempunyai platfrom untuk mengikuti perkembangan tekonologi digital yang terbaharu,” ujarnya.- Sumber : K! ONLINE

Teruskan bersama kami selepas anda membaca sila like & share. Terima kasih

Subscribe like & share channel kami untuk berita terkini & sensasi, terima kasih

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.