Walaupun sudah mendapat ikrar daripada Pakatan Harapan untuk mengekalkan kedudukan sebagai perdana menteri, Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) berkata, Ismail Sabri masih kelihatan teragak-agak dalam tindakannya.

Membahaskan Belanjawan 2022 di Dewan Rakyat hari ini Mohamad berkata Ismail Sabri wajar menunjukkan dia berkuasa dalam kerajaan dan tidak terkesan dengan sebarang ugutan.

“Perdana menteri ni tak jatuh, insya-Allah sehingga PRU akan datang. Maka kena beranilah sikit. Kita nampak macam perdana menteri kita ni jadi macam hostage (tawanan), dikawal oleh orang tertentu. Kena berani,” katanya.

Mohamad berkata demikian dengan merujuk kepada memorandum persefahaman (MOU) yang dimeterai PH dengan kerajaan pada 13 Sept lalu yang menyaksikan gabungan tersebut tidak akan menjatuhkan Ismail Sabri atau menggagalkan Belanjawan 2022.Sebagai balasan, Putrajaya berjanji melaksanakan pelbagai pembaharuan dalam negara bagi membantu rakyat menghadapi Covid-19 serta kemelut ekonomi yang memberi kesan kepada orang ramai.

Ismail Sabri merupakan ahli parlimen Bera yang dilantik menjadi perdana menteri selepas Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dijatuhkan melalui inisiatif beberapa pemimpin Umno.

Bagaimanapun dalam struktur partinya Ismail Sabri merupakan seorang daripada tiga naib presiden Umno. Di atasnya ada Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden dan Mohamad Hasan sebagai timbalan presiden.

Ismail Sabri pula menjadi perdana menteri dengan sokongan daripada ahli parlimen Bersatu kerana dalam keadaan semasa, Umno tidak memiliki majoriti yang mencukupi untuk menjadi kerajaan secara bersendirian.

Kata Mohamad sehingga kini Ismail Sabri tidak memberikan kenyataan mengenai Melaka atau prosedur operasi standard di sebalik tarikh pilihan raya negeri yang semakin hampir.

Tambahnya sebagai perdana menteri Ismail Sabri tidak boleh kelihatan “lembik” sebaliknya menunjukkan kuasa bagi mengendalikan kerajaan.

“Jangan ada ugutan daripada mana-mana pihak. Sebab itu kita (PH) buat MOU supaya perdana menteri ini boleh kekal sehingga PRU akan datang, tapi kita nampak dia tak berani untuk membuat sesuatu bagi menyelamatkan Malaysia sekarang ini,” katanya.- Sumber : malaysiakini

Teruskan bersama kami selepas anda membaca sila like & share. Terima kasih

Subscribe like & share channel kami untuk berita terkini & sensasi, terima kasih

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.