Dua kakitangan MASkargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) boleh dianggap sebagai tali barut dan pengkhianat kepada negara apabila bersekongkol dengan sindiket pengedaran dadah bernilai RM8.1 juta.

MAHU MELANCONG LIHAT INI

Menggunakan modus operandi dengan mengisytiharkan lima kotak sebagai barangan elektronik untuk mengaburi penguatkuasa, usaha licik mereka bersama dua lagi rakan yang mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa bernilai RM8.1 juta akhirnya terbongkar selepas ditumpaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 22 hingga 26 Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM, Datuk Razarudin Husain berkata, empat lelaki Melayu yang ditahan itu berumur antara 34 hingga 59 tahun mula aktif sejak pertengahan 2021.

“Jabatan Siasatan Jenayah Selangor dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik KLIA telah membuat pemeriksaan pada 22 Oktober lalu pada pukul 9.30 malam ke atas satu penghantaran barangan menggunakan MASkargo ke Auckland, New Zealand di pusat kargo KLIA.

 

“Penghantaran itu membabitkan lima kotak yang diisytihar sebagai barang elektronik dan hasil pemeriksaan berjaya merampas 200 kilogram dadah jenis syabu,” katanya pada sidang akhbar kejayaan menumpaskan sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah untuk pasaran antarabangsa di KLIA di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed dan Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd. Rahman.

Beliau berkata, dua lelaki yang bekerja di MASKargo KLIA bersama dua rakan sindiket telah ditahan dan jumlah dadah yang dirampas dianggarkan boleh digunakan seramai sejuta orang penagih.

Razarudin berkata, kes penghantaran dadah tersebut adalah kali kelima ditumpaskan sepanjang tahun ini dengan kerjasama pihak keselamatan KLIA.- Sumber : K! ONLINE

Teruskan bersama kami selepas anda membaca sila like & share. Terima kasih

Subscribe like & share channel kami untuk berita terkini & sensasi, terima kasih

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.