Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan Pas dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

MAHU MELANCONG KE SABAH LIHAT INI

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, keputusan tersebut dibuat selaras dengan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020 iaitu memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN).

“Asas persefahaman dengan Pas berpandukan kepada prinsip bahawa parti itu menggunakan lambang partinya sendiri selaras dengan semangat dan ketetapan Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional dalam Mesyuarat pada 19 Oktober 2020 dan 18 November 2020.

“Ini adalah untuk mengelakkan pertembungan sesama sendiri dan pada masa yang sama mengekalkan penggunaan lambang parti masing-masing dalam pilihan raya,”katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas MKT UMNO di Menara Dato Onn, di sini sebentar tadi.

Dalam pada itu, mesyuarat khas tersebut juga turut bersetuju melantik Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Pengarah PRN Melaka.

“MKT juga memberikan mandat kepada Presiden dan Timbalan Presiden serta Perdana Menteri untuk memuktamadkan sebarang keputusan berkaitan PRN Melaka,” tambahnya.- Sumber : K! ONLINE

Teruskan bersama kami selepas anda membaca sila like & share. Terima kasih

Subscribe like & share channel kami untuk berita terkini & sensasi, terima kasih

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.