Terasa sakit ketika membuang air kecil, mengeluarkan cecair berbau serta gatal di sekitar alat sulit antara simptom seseorang itu dijangkiti penyakit kelamin.
MAHU MELANCONG KE SABAH LIHAT INI
Perkara itu didedahkan oleh seorang penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang dikenali sebagai May selepas disahkan menghidap penyakit itu setelah melakukan pemeriksaan di sebuah klinik pakar kelamin di ibu kota beberapa bulan lalu.
May yang berusia 21 tahun berkata, dia disahkan menghidap Chlamydia iaitu sejenis penyakit akibat jangkitan seksual yang disebabkan bakteria Chlamydia trachomatis.
“Saya akui telah melakukan hubungan seks dengan beberapa lelaki sebelum ini sehingga menyebabkan saya menghidap penyakit kelamin pada usia muda,” katanya kepada Kosmo!.
Menceritakan sisi hitam hidupnya, dia mula terjebak dengan seks bebas pada 2019 ketika menghuni sebuah rumah sewa bersama beberapa rakan.
“Saya melihat rakan serumah hidup mewah, tertarik dengan kemewahan mereka, akhirnya saya mula mencari pasangan di beberapa aplikasi mencari sugar daddy.
“Bermula hanya ingin suka-suka sambil cari duit sampingan, akhirnya saya ketagih. Daripada satu pasangan, saya kemudiannya bertukar pasangan dan sehingga kini, saya ingat sudah lebih empat pasangan saya ada.
“Saya tidak tahu tahap kesihatan setiap lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan saya,” katanya yang mampu memperoleh pendapatan lebih RM3,000 sebulan hasil kegiatan itu.
Setelah hampir dua tahun bergelumang dengan dunia ‘kotor’ itu, akhirnya pada Mei lalu, doktor mengesahkan dia telah menghidap penyakit kelamin. Hanya doktor yang merawat saya mengetahui penyakit ini. Saya malu, jijik dengan diri sendiri,” katanya yang pernah terlintas untuk cuba membunuh diri.
Berkongsi kisah sama seorang lagi gadis yang dikenali sebagai Wawa, 25, yang kini sedang menderita penyakit Syphilis sejak tiga tahun lalu.
Menurut kakitangan sebuah syarikat swasta di ibu kota, dia juga mengamalkan seks bebas seawal usia 20 tahun ketika mula menjejak kaki ke ibu kota untuk mencari pekerjaan.
Kata Wawa, dia mula berjinak dengan kegiatan itu melalui kenalan di aplikasi sosial dan kemudiannya menjadi ketagih sehingga sanggup bertukar pasangan demi mencari kepuasan.
“Awal-awal dahulu saja nak cuba cari kawan memandangkan di sini (ibu kota) saya keseorangan, kemudian kenal seorang lelaki ajak saya couple dan akhirnya menjalinkan hubungan intim.
“Saya kemudian ‘memasang’ beberapa lagi lelaki dan menjadikan mereka sebagai sugar daddy serta tempat pemuas nafsu.
“Selepas hampir tiga tahun hidup dalam ‘dunia’ ini, akhirnya saya disahkan menghidap Syphilis sehingga kini hidup menderita,” katanya.- Sumber : K! ONLINE
Teruskan bersama kami selepas anda membaca sila like & share. Terima kasih
Subscribe like & share channel kami untuk berita terkini & sensasi, terima kasih