ANAK kepada bekas menteri pertahanan Mohamad Sabu, telah dibebaskan daripada sabitan dadah selepas diketepikan Mahkamah Tinggi.

MAHU MELANCONG KE SABAH LIHAT INI

Menurut Hakim Collin Lawrence Sequerah mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lapan bulan yang dikenakan Mahkamah Majistret terhadap Ahmad Saiful Islam, 32 tahun, selepas membenarkan rayuan dikemukakan perayu.

Sequerah dalam penghakimannya, berkata perayu dalam kes ini mempunyai hak untuk sampel ujian air kencingnya diambil sebanyak dua kali.

Bagaimanapun, katanya, polis hanya mengambil satu sampel air kencing Ahmad Saiful untuk dianalisis.

“Perayu telah dilucutkan hak ke atas dua sampel air kencing dan garis panduan prosedur yang ketat ini mesti dipatuhi,” katanya.

Pada 24 Jun lalu, Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan terhadap Ahmad Saiful selepas didapati bersalah atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

Mahkamah turut memerintahkan dia dipantau Agensi Antidadah Kebangsaan dan polis selama dua tahun selepas selesai hukuman penjara.

Dia juga diperintahkan membayar ikat jamin RM9,000 dan menyerahkan pasportnya kepada mahkamah, serta melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan. – Sumber : mstar

Teruskan bersama kami selepas anda membaca sila like & share. Terima kasih

Subscribe like & share channel kami untuk berita terkini & sensasi, terima kasih

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.