Pengarah serta pelakon, Mamat Khalid dilaporkan telah meninggal dunia sekitar pukul 12.30 pagi ketika dalam perjalanan ke Hospital Slim River, Perak.

Berita duka tersebut turut disahkan Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah yang memaklumkan Allahyarham telah dikejarkan ke hospital selepas pengsan di restoran miliknya di Tanjung Malim.

“Dukacita dimaklumkan bahawa seorang lagi permata seni tanah air, Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid telah menghembuskan nafas yang terakhirnya sebentar tadi sekitar pukul 12.30 pagi pada usia 58 tahun.

“Beliau jatuh pengsan di Sarang Art Hub Tanjung Malim  dan  menghembuskan nafas yang terakhir di dalam ambulan ketika dalam perjalanan ke Hospital Slim River.

“Maklumat awal, jenazah akan dikebumikan di Ipoh esok,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Tambahnya, seluruh barisan kepimpinan Seniman Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergian yang mengejutkan itu.

“Seniman mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh,” katanya lagi.

Khabar duka tersebut turut dikongsi beberapa selebriti tanah air seperti Didie Alias dan Zul Ariffin dalam Instagram yang turut bersedih dengan pemergian figura hebat dalam bidang perfileman negara.

Untuk rekod, Mamat dilaporkan berada dalam keadaan kritikal pada 25 Januari 2019 akibat masalah paru-paru dan jantung serta ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Petaling Jaya.

Mamat turut meninggalkan seorang balu iaitu Hasmah Hassan dan lima orang anak.

Allahyarham sinonim dengan filem komedi satira dan sering menyelitkan isu masyarakat serta kritikan sosial.

Antara naskhah beliau yang paling diingati ramai ialah filem Man Laksa dan Hantu Kak Limah Balik Rumah.- Sumber : K! ONLINE

Teruskan bersama kami selepas anda membaca sila like & share. Terima kasih

Subscribe like & share channel kami untuk berita terkini & sensasi, terima kasih

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.