Kerajaan melancarkan Yayasan Keluarga Malaysia sebagai institusi yang membantu anak-anak Keluarga Malaysia yang kematian ibu bapa akibat Covid-19 dalam memperoleh sokongan terutamanya dalam aspek pendidikan sehingga mereka berusia 18 tahun.

MAHU MELANCONG KE SABAH LIHAT INI

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Yayasan Keluarga Malaysia merupakan manifestasi kasih sayang seluruh Keluarga Malaysia yang dizahirkan bersama untuk anak-anak yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Beliau memberitahu, seramai 5,173 anak Keluarga Malaysia yang kehilangan ibu bapa sekali gus menjadi yatim dan yatim piatu sepanjang pandemik itu.

Antaranya, adalah mengenai kisah 13 anak yang masih kecil usianya daripada dua buah keluarga, hilang tempat bergantung dan berpaut kasih.

“Adik Nazurah Nabilah Benyajeed berusia 19 tahun yang terpaksa menjaga tujuh adiknya, manakala adik Hadrami Hasil menjadi kepala keluarga pada usia 11 tahun untuk meneruskan kelangsungan hidup bersama empat adiknya. Ironinya, adik bongsu Hadrami baru berusia 3 tahun.

“Anak-anak ini adalah antara 5,173 anak Keluarga Malaysia yang menjadi yatim dan yatim piatu kerana wabak Covid-19. Bayangkan, betapa besarnya tanggungjawab yang digalas mereka.

 

“Yang hilang bukan sahaja ibu bapa, bahkan waktu-waktu bahagia, membesar sebagai kanak-kanak biasa,” katanya ketika berucap merasmikan Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Borneo di sini malam ini.

Turut hadir Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, yayasan itu akan melebar sayap perlindungannya kepada anak-anak Keluarga Malaysia yang lain dan turut memerlukan sokongan seumpamanya.

“Saya menyeru seluruh Keluarga Malaysia, bersama membantu generasi ini. Harapan saya, dengan adanya Yayasan Keluarga Malaysia, tidak ada lagi anak Keluarga Malaysia yang terpaksa melalui penderitaan bersendirian,” jelas beliau.- Sumber : K! ONLINE

Teruskan bersama kami selepas anda membaca sila like & share. Terima kasih

Subscribe like & share channel kami untuk berita terkini & sensasi, terima kasih

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.