Golongan antivaksin kini mula ‘panas punggung’ selepas rata-rata majikan mula mengambil tindakan tegas terhadap mereka sehingga boleh diberhentikan kerja sekiranya tidak melengkapkan pengambilan pelalian Covid-19 itu.

MAHU MELANCONG KE SABAH LIHAT INI

Rata-rata majikan memberikan ‘amaran’ atau ‘kata dua’ iaitu sama ada masih mahu meneruskan niat mereka itu dan berhenti secara sukarela atau sebaliknya.

Di Seberang Perai, pemilik agensi pelancongan Ikhlas Kasih Travel & Tours Sdn. Bhd., Ahmad Ruslan Abd. Latiff berkata, dalam hal ini, hanya pendekatan sebegitu yang sesuai diguna pakai untuk golongan berkenaan.

“Jika ada pekerja saya yang dikategorikan sebagai golongan antivaksin pun saya akan bagi ‘kata dua’ sahaja kepada mereka.

“Saya beritahu, pekerjaan kita ini (agensi pelancongan) kena berurusan dengan masyarakat dan sebagainya. Jika kita tidak sayangkan diri sendiri, anak isteri dan keluarga, tak perlu ambil (vaksin).

Saya tak paksa tapi boleh hantar surat (berhenti),” katanya kepada Kosmo! semalam.

Menurut Ahmad Ruslan yang juga Pengerusi Gabungan Pengusaha Bas Persiaran (GPBP) Zon Utara, dia bagaimanapun bersyukur kerana semua pekerjanya ada kesedaran awal untuk mendapatkan vaksin sendiri.

“Alhamdulillah, sekarang semua mereka telah selesai divaksin dan saya memang tekankan perkara ini sejak ada ura-ura daripada pihak kerajaan untuk membuka semula sektor pelancongan dan sebagainya.

“Bagaimanapun, syarikat kami masih belum beroperasi sepenuhnya buat masa ini kerana saya mengambil pendekatan untuk tunggu dan lihat terlebih dahulu bagi melihat perkembangan kes Covid-19 ketika ini,” katanya.

Di Shah Alam, Penolong Pengurus Hotel Alami Garden, Fieza Zahari berkata, tindakan tegas termasuk pemberhentian kerja perlu diambil majikan ke atas kakitangan mereka yang masih berdegil enggan menerima suntikan vaksinasi.

Katanya, pihaknya mewajibkan semua petugas hotel itu melengkapkan dua dos vaksin berkenaaan.

“Kita sememangnya tidak membenarkan mana-mana golongan antivaksin atau petugas yang bekerja tanpa vaksinasi.

“Jika dikesan, tindakan amaran dan pemberhentian akan diambil serta-merta ke atas mereka,” katanya.

Justeru, semua majikan perlu memandang serius isu antivaksin berkenaan bagi mengelakkan penularan pandemik dan peningkatan kes Covid-19.

Kelmarin, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan, kerajaan turut akan ‘menyusahkan’ kumpulan berkenaan yang terus enggan divaksin tanpa sebab munasabah.

Di Dungun, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) mewajibkan kesemua kakitangannya mengambil suntikan vaksinasi Covid-19.

Pengurus Besar Ketengah, Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa berkata, peraturan lengkap vaksinasi Covid-19 itu bukan sekadar untuk kakitangan sedia ada, malah berkemungkinan besar akan menjadi dasar pengambilan penjawatan baharu pada masa depan.

“Tiada ruang untuk golongan antivaksin untuk berkhidmat dengan Ketengah kerana sebagai agensi pembangunan wilayah kita perlu memberi contoh baik kepada masyarakat setempat,” tegasnya
Beliau berkata, peraturan itu telah dipatuhi dengan 100 peratus daripada 1,000 kakitangan Ketengah telah lengkap dua dos vaksin Covid-19.- Sumber : K! ONLINE

Teruskan bersama kami selepas anda membaca sila like & share. Terima kasih

Subscribe like & share channel kami untuk berita terkini & sensasi, terima kasih

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.