Kartunis Sweden, Lars Vilks yang pernah mencetuskan kontroversi kerana melukis karikatur Nabi Muhammad dilaporkan maut dalam satu nahas jalan raya, lapor Badan Penyiaran British (BBC) hari ini.

TONTON Video Ebit Lew Dipanggil lagi ke Bukit Aman

Vilks, 75, ketika kejadian dikatakan sedang menaiki sebuah kenderaan polis sebelum bertembung dengan sebuah lori berhampiran bandar Markaryd di bahagian selatan Sweden.

Dua anggota polis turut dilaporkan terbunuh dalam kejadian itu selain pemandu lori cedera.

Polis masih belum mendedahkan identiti mangsa-mangsa lain yang terlibat namun, pasangan Vilks mengesahkan kematiannya menerusi akhbar Dagens Nyheter.

 

Menurut kenyataan  polis, setakat ini masih belum dapat dipastikan bagaimana kemalangan itu boleh berlaku. Siasatan awal bagaimanapun mendapati ia tidak melibatkan pihak lain.

Vilks selama ini hidup di bawah perlindungan polis selepas sering menerima ugutan bunuh akibat karikatur yang dihasilkannya.

Karikatur yang diterbitkan pada tahun 2007 itu telah mencetuskan kemarahan penduduk Islam di seluruh dunia.

Ia turut menyebabkan bekas Perdana Menteri Sweden, Fredrik Reinfeldt terpaksa menemui duta dari 22 buah negara Islam sebagai usaha untuk meredakan keadaan.- Sumber : K! ONLINE

Teruskan bersama kami selepas anda membaca sila like & share. Terima kasih

Subscribe like & share channel kami untuk berita terkini & sensasi, terima kasih

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.