Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung telah selesai membuat laporan polis tentang fitnah yang disebarkan mengatakan beliau yang menyebar gambar dan video melalui aplikasi Telegram.

Menerusi satu kenyataan di Facebooknya berkata, dia menafikan segala dakwaan yang mengatakan kononnya beliau ialah pengasas dan pemilik satu Telegram yang menyebarkan video berkenaan.

Beliau juga menjelaskan kepada orang ramai bahawa dia hanya memiliki satu Telegram rasmi sahaja untuk berkongsi segala maklumat dan turut menafikan sebarang fitnah yang mengaitkan dirinya dengan sebarang video atau gambar lucah.

“Alhamdulilah selesai membuat laporan polis tentang fitnah yang disebarkan kononnya sayalah pengasas dan pemilik Telegram channel yang menyebarkan video serta gambar lucah. Saya menafikan fitnah tersebut!.

“Saya hanya memiliki satu Telegram rasmi sahaja di pautan ini ‘https://t.me/brofirdauswong’ dan menafikan sebarang fitnah yang mengaitkan saya dengan penyebaran sebarang video dan gambar lucah,” katanya dalam Facebook hari ini.

Tambahnya lagi, beliau turut memaafkan sesiapa sahaja yang pernah memaki-hamun, menyindir, mengejek atau menghinanya namun beliau tidak akan berdiam diri jika difitnah.

“Saya akan memaafkan mereka yang memaki-hamun, menyindir, mengejek atau menghina saya tetapi saya tidak akan mendiamkan diri apabila saya difitnah.

“Saya sayangkan sahabat semua maka saya tidak mahu sahabat semua melakukan dosa fitnah tanpa disedari akibat perbuatan tidak bertanggungjawab mereka yang menyebarkan fitnah tersebut,” ujarnya. – Sumber : K! ONLINE

Teruskan bersama kami selepas anda membaca sila like & share. Terima kasih

Subscribe like & share channel kami untuk berita terkini & sensasi, terima kasih

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.