Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE JPM) tidak pernah membelanjakan wang sebanyak RM2 bilion untuk menyiapkan buku Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) seperti yang didakwa oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, perancangan pembangunan negara untuk lima tahun itu disediakan oleh pegawai-pegawai UPE JPM di bawah selian beliau menggunakan hasil input daripada libat urus dengan pelbagai pihak.

“Penyediaan RMK-12 melibatkan kos yang amat kecil untuk sesi libat urus, cetakan dan perunding media.

“Saya berharap Datuk Seri Anwar dapat memperbetulkan kenyataan beliau bagi mengelakkan persepsi negatif terhadap pegawai UPE JPM dan Kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi merujuk Anwar ketika membahaskan RMK-12 di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar dilaporkan berkata: “… kita boleh belanja bilion ringgit untuk konsultan. Saya difahamkan lima hingga enam tahun dulu, sudah belanja RM1.8 billion. Jadi saya nak tanya, lebih daripada RM2 billion ringgit telah diberikan kepada konsultan untuk menyiapkan buku RMK-12 ini.”- Sumber : K! ONLINE

Teruskan bersama kami selepas anda membaca sila like & share. Terima kasih

Subscribe like & share channel kami untuk berita terkini & sensasi, terima kasih

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.