Penggunaan kuali anti lekat yang semakin menjadi kegemaran ramai didakwa pakar kesihatan akan memudaratkan kesihatan sehingga menjadi penyebab kanser jika menggunakan peralatan itu yang telah rosak.

Penggunaan peralatan itu dalam tempoh lama sehingga lebih 10 tahun juga turut akan menjejaskan kesihatan kita.

Mendedahkan perkara itu, pakar perubatan, Prof. Datuk Dr. Noordin Darus berkata, kekerapan penggunaan kuali dan periuk anti lekat boleh menyebabkan pelbagai penyakit khususnya kanser berikutan lapisan bahan kimia pada alatan itu.

Katanya, risiko bahaya itu wujud selepas berlakunya kerosakan atau garis pada permukaan alatan anti lekat itu.

“Apabila ada kecatatan seperti garisan pada permukaan kuali atau periuk terbabit, di situlah wujudnya bahaya kerana lapisan itu mengandungi plastik atau digelar sebagai ‘polimer’.

“Lebih membimbangkan, ramai pengguna kini terdedah dengan risiko kanser kerana dilihat masih menggunakan alatan itu untuk memasak walaupun lapisan anti lekat sudah rosak,” katanya kepada Kosmo!.

Jelasnya, lapisan anti lekat pada alatan terbabit turut mengandungi beberapa bahan kimia berbahaya antaranya politetrafluoroetilena (PTFE) dan asid perfluorooctanoic (PFOA).

“Proses memasak pada suhu melebihi 298 Celcius dengan masa sekitar 20 minit menggunakan alatan anti lekat disadur PTFE akan memberikan kesan langsung kepada kesihatan.

“Antara kesan awal yang dirasai pengguna akibat tindak balas bahan itu itu termasuklah mudah berasa pening, batuk, suhu badan tinggi serta demam,” ujarnya.

Katanya, kesan jangka panjang pula akan menyebabkan pengguna terdedah kepada risiko penyakit kritikal seperti kerosakan otak dan gangguan paru-paru.

“Kesan daripada bahan kimia PFOA pula jadi penyebab penyakit kanser seperti payudara, ovari dan prostat dalam tempoh jangka masa panjang.

“Biasanya pengguna tegar alatan anti lekat hanya memerlukan masa sekitar lima ke 10 tahun sahaja untuk terima kesan negatif seperti kanser,” tegasnya.

Sementara itu, pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam, Dr. Hanafiah Bashirun menjelaskan, dua bahan kimia yang membentuk lapisan anti lekat memang berisiko penyebab kanser.

“Jika ragu-ragu gunalah kuali biasa sahaja,” nasihatnya. – Sumber : K! ONLINE

Teruskan bersama kami selepas anda membaca sila like & share. Terima kasih

Subscribe like & share channel kami untuk berita terkini & sensasi, terima kasih

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.