Kebenaran rentas negeri penting sebagai langkah memulihkan industri pelancongan negara yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Video –>> [ Klik ] Kebenaran rentas negeri diumum dalam tempoh terdekat

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihaknya sedang berbincang dengan pelbagai pihak untuk tujuan itu.

Menurut beliau, pengumuman mengenai hasil perbincangan kebenaran rentas negeri akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Apabila rentas negeri dibuka orang luar boleh masuk ke negeri lain. Kementerian telah senaraikan nama-nama destinasi.

“Bukan sahaja pulau, termasuk kawasan darat seperti Genting Highland, Cameron Highland, Fraser Hill dan lain-lain destinasi,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Muda, Syed Saddiq berhubung gelembung pelancongan di destinasi selain Langkawi.–Sumber : K! ONLINE

Teruskan bersama kami selepas anda membaca sila like & share. Terima kasih

Subscribe like & share channel kami untuk berita terkini & sensasi, terima kasih

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.