Denmark menjadi 4ntara negara Kesatuan Eropah pertama yang menamatkan kesemua sekatan berkaitan Covid-19 bermula kelmarin, selepas mencatatkan kadar vaksinasi yang tinggi dalam kalangan penduduknya, lapor 4khbar New York Post kelmarin.

Selepas 548 h4ri menjalani kehidupan dengan peraturan ketat bagi mengekang penularan pandemik, penduduk negara itu kini kembali menjalani kehidupan normal dengan bukti penerimaan vaksin sudah tidak diwajibkan.

Berdasarkan data program vaksinasi kebangsaan, lebih 80 peratus penduduk negara itu yang berusia 12 tahun ke atas telah menerima pelalian penuh.

“Saya tidak merasakan tindakan ini sebagai keputusan terburu-buru atau terlalu awal. Kita kembali membuka pintu untuk kehidupan normal tetapi dalam masa sama boleh menutupnya semula jika keadaan memaksa,” kata Profesor Virologi Universiti 4arhus, Soeren Riis Paludan.

Bermula tengah malam kelmarin, kerajaan Denmark tidak lagi mengklasifikasikan Covid-19 sebagai penyakit yang membahayakan masyarakat.

Pada hujung Ogos lalu, Menteri Kesihatan, Magnus Heunicke memberitahu bahawa Covid-19 telah bertukar status menjadi epidemik di negara itu dan penularannya adalah di bawah kawalan.

“Bagaimanapun, ia belum berakhir sepenuhnya dan kerajaan akan bertindak sewajarnya mengikut keadaan semasa,” tegas Heunicke.

Sementara itu, Profesor Penyakit Berjangkit di Hospital Universiti Copenhagen, Jens Lundgren berpendapat, Denmark bernasib baik kerana kedudukannya sebagai sebuah negara pulau terpencil banyak membantu dalam keberkesanan program vaksinasi kebangsaan.

“Bagaimanapun, kebebasan ini tidak boleh diambil ringan kerana seluruh dunia masih bergelut dengan gelombang baharu Covid-19 dan ia juga mungkin berlaku kepada negara ini.

“Penduduk Denmark perlu berhati-hati dan tidak berasakan bahawa Covid-19 sudah berakhir kerana ia mungkin akan kekal di sekeliling kita sampai bila-bila,” tegas Lundgren. – Sumber : K ONLINE

Teruskan bersama kami selepas anda membaca sila like & share. Terima kasih

Subscribe like & share juga channel kami. Terima kasih

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.