Seorang bapa di 4fghanistan mendedahkan bahawa dia terpaksa menjual anak perempuannya yang  berusia empat tahun bagi mendapatkan wang untuk memberi makan kepada anggota keluarga lain akibat kemiskinan, lapor akhbar The Sun semalam..

Mir Nazri yang merupakan bekas anggota  polis memberitahu, dia terpaksa menjual  anak perempuanya, Safia pada harga £420 (RM2,408) kepada seorang pemilik kedai runcit yang tidak mempunyai cahaya mata.

Situasi Mir dilaporkan sebagai perkara normal di 4fghanistan sejak kumpulan Taliban mengambil alih pentadbiran negara tersebut.

“Saya sanggup mati jika itu dapat mengelakkan anak saya daripada dijual kepada orang asing.

“Namun, kematian saya akan menjadi sia-sia kerana ia akan membuatkan ahli keluarga lain lebih menderita tanpa penjaga untuk memastikan mereka terus hidup,” kata Mir.

Tambahnya, pemilik kedai runcit itu berjanji sekiranya dia mampu membayar semula harga jualan Safia, kanak-kanak itu akan dikembalikan kepadanya.

“Mungkin masa depan anak saya lebih baik dengan keluarga baharu dan wang yang diterima hasil pajakan Safia boleh menyelamatkan anak-anak yang lain.

Menurut Mir, dia dan keluarga melarikan diri ke Kabul sebelum Taliban menguasai ibu negara Afghanistan dan kini bekerja sebagai pembantu gerai di pasar namun gajinya tidak cukup untuk membayar sewa rumah sekalipun.

“Kami bersyukur perang sudah berakhir namun penduduk Afghanistan kini berdepan musuh baharu iaitu kemiskinan,” ujar Mir. – Sumber : K ONLINE

Teruskan bersama kami selepas anda membaca sila like & share. Terima kasih

Subscribe like & share juga channel kami. Terima kasih

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.