Kementerian Haji dan Umrah menjelaskan bahawa pelancong yang datang ke 4rab Saudi menggunakan visa pelancongan boleh menunaikan umrah selepas mendapatkan permit umrah dengan melengkapkan prosedur melalui permohonan menerusi aplikasi E4tmarna dan Tawakkalna, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.

Kementerian tersebut berkata, pemegang visa lawatan juga boleh mendapatkan izin umrah dengan menyelesaikan proses pendaftaran melalui aplikasi Eatmarna.

“Pendaftaran akaun di Eatmarna hanya boleh dilakukan selepas pemegang visa mengemaskini status kesihatan dalam aplikasi Tawakkalna.

“Hanya mereka yang sudah divaksin lengkap terhadap Covid-19 atau lengkap 14 hari selepas mendapatkan dos pertama atau telah sembuh daripada jangkitan Covid-19 berhak mendapatkan visa umrah,” jelas kementerian itu.

Kira-kira 500 buah syarikat perkhidmatan dan pertubuhan umrah serta lebih 6,000 ejen umrah dari luar negara sudah mula menerima jemaah umrah yang sudah divaksin sejak 9 Ogos lalu.

Jemaah yang berhasrat untuk menempah pakej umrah boleh membuat pembayaran melalui 30 buah laman elektronik dan platform tersedia bagi tempahan dari seluruh dunia.

Kementerian Haji dan Umrah baru-baru ini memaklumkan tentang rancangan untuk melancarkan mekanisme baharu bagi mengeluarkan visa umrah secara dalam talian.

Kementerian itu menegaskan kesediaannya untuk menerima seramai mungkin jemaah umrah berdasarkan kuota  telah dipersetujui dengan sejumlah negara Islam lain sebelum tercetusnya wabak Covid-19.– Sumber : K ONLINE

Teruskan bersama kami selepas anda membaca sila like & share. Terima kasih

Subscribe like & share juga channel kami. Terima kasih

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.