“Memang betul nak kahwin. Bukan main-main atau publisiti kerana s4ya rasa memang jodoh dah sampai.”

Demikian kata taikun kosmetik, D4tuk Seri Vida atau nama lengkapnya, Hasmiza Othman, 50, berhubung kesahihan khabar angin kononnya akan menamatkan zaman janda dengan lelaki muda bernama 4hmad Iqbal Zulkefli menjelang Disember nanti.

Vida ketika dihubungi Kosmo! Online memaklumkan, jika Pelan Pemulihan Negara (PPN) disebabkan virus Covid-19 sudah ditamatkan pada Disember, dia mengimpikan sebuah perkahwinan gilang-gemilang.

“Benar dan saya mahukan majlis ‘wedding of the year’. Perkahwinan adalah perkara yang bukan kita selalu buat. Kalau PPN dah tamat, saya memang akan adakan majlis besar-besaran tapi semua yang hadir kena lengkap dua dos dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Tarikhnya saya akan beritahu nanti.

“Saya percaya, bukan hanya media tempatan yang akan hadir membuat liputan tetapi media Indonesia turut akan berpusu-pusu membuat liputan,” katanya yang pernah ditemu bual media Indonesia, Trans7 setahun lalu.

Kata Vida, dia sudah memohon petunjuk daripada Allah SWT untuk dipermudahkan urusan jodoh dan akhirnya, dia sudah membulatkan tekad untuk berkahwin dengan Iqbal biarpun berjarak usia sebanyak 22 tahun.

“S4ya sudah berdoa, dah buat solat Istikharah dan saya pasti, Iqbal adalah jodoh saya. Dia seorang lelaki yang jujur dan bertanggungjawab.

“Saya dah lama berkawan dengannya (Iqbal). Saya tak minta banyak cuma doa yang baik-baik daripada orang ramai agar ikatan perkahwinan kali ini berkekalan hingga hujung nyawa,” ujarnya.

Ditebak tentang penerimaan anak-anak dengan perancangan perkahwinan sekali lagi ini, Vida mengakui belum mempunyai keberanian untuk berbincang soal tersebut dengan anak-anak, terutama anak perempuannya, Cik B atau sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad 4min.

“Kacak tiada masalah rasanya. Cuma Cik B dia agak protektif dengan saya. Saya belum berani untuk beritahu kepada mereka tentang hasrat saya (untuk berkahwin).

“Biarlah mereka dengar dahulu daripada media bukan daripada bibir saya sendiri. Cik B perlu masa untuk menghadapi semua ini. Perlahan-lahan saya akan beritahu dirinya,” katanya.

Malam tadi, menerusi sesi IG Live, perkongsian Vida menarik perhatian ramai apabila berkongsi jangkaan tarikh perkahwinan dengan Iqbal yang juga merupakan bekas pembantu peribadinya.

Meskipun tidak mengumumkan sebarang tarikh, namun Iqbal sendiri tampil memberikan respons ketika sesi live berkenaan dengan meninggalkan komen ringkas yang berbunyi : “Bulan 12”. – Sumber : K! ONLINE.

Teruskan bersama kami selepas anda membaca sila like & share. Terima kasih

Subscribe like & share channel kami. Terima kasih

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.