PEMBERIAN v4ksin kepada golongan rem4ja akan dibuat secara berperingkat seiring tarikh pembukaan sekolah yang akan dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kelak.
Perk4ra itu diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Khamis petang.
“Kita telah mengadakan mesyuarat penyelarasan tengah hari tadi. KKM d4n KPM telah berbincang mengenai rancangan vaksinasi untuk golongan remaja.
“Saya akan serah kepada Menteri Pendidikan untuk buat pengumuman berkenaan tarikh buka sekolah.
“T4pi apa kita setuju, serentak dengan proses pembukaan sekolah itu, kita akan terus giat untuk pemberian vaksin kepada golongan remaja dan ia akan berlangsung serentak,” ujar beliau.
Jelas Khairy, beliau beranggapan tidak semua pelajar sempat divaksin sebelum sekolah dibuka semula, namun yakin usaha itu akan terus giat dijalankan secara berperingkat.
Tambah beliau lagi, Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor 4zmi Ghazali akan diberi tanggungjawab sebagai penyelaras kepada program vaksinasi untuk remaja.
“Saya yakin bahawa kita akan bekerja dengan KPM. Ada beberapa kaedah model pelaksanaan vaksinasi, tapi yang paling senang tentunya kita ke sekolah untuk beri suntikan vaksin.
“Kebanyakan pelajar akan diberi suntikan di sekolah mereka,” ujar Khariy. – Sumber : mstar
Teruskan bersama kami selepas anda membaca sila like & share. Terima kasih
Subscribe like & share channel kami. Terima kasih