Sebu4h syarikat menjual tilam di Singapura, Sonno menawarkan j4watan khas iaitu Eksekutif Tidur untuk tidur selama lapan jam sehari selama 100 hari di atas tilam keluaran syarikat itu, lapor portal Mothership, semalam.

Sy4rikat tersebut telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar secara online yang mengiklankan jawatan Eksekutif Tidur untuk penduduk Singapura sebagai sebahagian daripada kempen awam iaitu ‘Dibayar Untuk Tidur’ dan bagi membantu kajian dalam mencari rahsia tidur lebih nyenyak.

Kempen itu bertujuan untuk menggunakan penemuan tersebut sebagai data bagi menambah baik produk tilam Sonno agar dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat Singapura dengan memberikan mereka tidur malam yang lebih nyenyak.

 

“Jawatan untuk tidur secara profesional akan memberitahu kami apa yang diperlukan untuk tidur lebih lena terutamanya sepanjang musim pandemik dan bagaimana untuk membantu mereka mencapai tujuan itu,” kata pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sonno, Fabio Miceli.

Jawatan itu turut ditawarkan dengan imbuhan sebanyak 1,500 dolar Singapura (RM3,088) sepanjang 100 hari tugasan, ganjaran tilam Sonno bersaiz Queen Original, dua biji bantal dan sehelai cadar percuma.

Calon yang terpilih perlu menggunakan aplikasi ‘Pengesan Tidur’ untuk mengesan pola tidur mereka selama 100 malam mengikut keselesaan bilik tidur mereka sendiri. – Sumber : K! ONLINE.

Teruskan bersama kami selepas anda membaca sila like & share. Terima kasih

VIDEO CAPRICE KEMBALI KE MALAYSIA

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.