4rahan kerajaan yang membenarkan pelanggan dine-in atau makan di kedai telah membu4tkan tauke restoran berada dalam dilema antara memikirkan keuntungan atau berdepan dengan risiko jangkitan Covid-19.

Rata-rata peniaga risau dengan ancaman jangkitan virus maut tersebut kerana ada pekerja yang belum lengkap dua dos suntikan vaksin.

T4uke-tauke mendakwa, masalah timbul apabila kebanyakan pekerja berusia antara 18 hingga 30 tahun bukan sahaja tidak dapat suntikan, malah tarikh vaksin pertama pun belum diperoleh.

Di 4lor Setar, Yang Dipertua Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Melayu Malaysia Negeri Kedah, Baharudin Mohamed Ali berkata, hampir 20,000 daripada 50,000 peniaga dan penjaja kecil mengeluh kerana masih belum menerima dua dos vaksin.

“Kami cadang agar program vaksinasi secara pandu lalu khas dibuat untuk peniaga yang rata-rata sudah lama terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan. Peniaga juga boleh melonjakkan pendapatan melalui dine-in berbanding hanya bungkus,” katanya.

Sementara itu, pemilik Joned’s Cafe, Jonid Hamid, 58, berkata, dia masih tidak berani untuk membenarkan pelanggan dine-in kerana pekerjanya belum divaksin.

“Dengan kes yang masih tinggi, saya bimbang ada pula yang dijangkiti. Jika ada kes, kedai pun kena tutup 14 hari. Kalau bungkus boleh dapat RM800 tetapi jika dine-in boleh dapat sekali ganda lagi,” katanya.

Pemilik Restoran Ikan Bakar Teruna, Che Mat Karim, 46, pula menyatakan, dia hanya benarkan pelanggan makan di kedai dua hari sahaja sebelum kembali beroperasi secara bungkus kerana keliru dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Di Johor, masalah sama melanda pemilik-pemilik restoran di Taman Larkin Idaman, Larkin yang hanya membenarkan pelanggan bungkus berbanding dine-in.

“Tauke masih tak benarkan dine-in kerana hanya seorang daripada sembilan pekerja yang lengkap vaksinasi,” kata seorang pekerja, Mohamad Sahrul, 24.

Seorang pemilik restoran, Jamaludin Ibrahim, 40, berkata, dia hanya akan benarkan dine-in di kedainya pada pertengahan Oktober depan selepas semua pekerjanya lengkap dua dos.

Di Pulau Pinang, rata-rata pemilik restoran nasi kandar hanya beroperasi untuk bungkus sahaja.

Pemilik Restoran Nasi Kandar Deen Maju di Jalan Gudwara, Tajudeen S. Jamaldeen enggan membenarkan dine-in kerana ramai pekerjanya belum lengkap vaksin.

“Saya ada 18 pekerja dan dua sahaja yang sudah divaksin. Saya harap menjelang November semua sudah dapat vaksin masing-masing,” katanya yang beroperasi dalam keadaan rugi.

Tambahnya, bukan senang mahu kawal pelanggan jika dine-in dan pihaknya tidak mahu mengambil risiko dijangkiti Covid-19.

Di Perak, pemilik cafe Dapur Maksu, Nur Idayu Zainal Rashid berkata, walaupun negeri sudah masuk Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), pelanggan lebih selesa membungkus makanan daripada dine-in kerana masih bimbang dijangkiti Covid-19.

“Kami gembira apabila dine-in dibenarkan kerana boleh dapat untung lebih, namun pelanggan masih selesa bungkus kerana bimbang masih ramai pekerja saya belum divaksin,” katanya.

Di Selangor, pemilik sebuah restoran di Seksyen 7, Shah Alam, Zulhilmi Kamsani, 25, berkata, walaupun beroperasi dalam keadaan rugi, dia terpaksa juga berniaga kerana tiada pendapatan lain.

“Syarat dine-in perlu lengkap dua dos vaksin tetapi ramai termasuk pekerja saya yang belum lengkap divaksin,” katanya.

Pemilik Restoran Selera Espendola yang mahu dikenali sebagai Hafizahril, 42, berkata, walaupun kerajaan telah membenarkan pelanggan untuk dine-in, namun kehadiran mereka tidak seperti yang diharapkan.

“Ada pelanggan enggan dine-in kerana tidak boleh bawa anak berumur 12 tahun ke bawah. Satu lagi ialah mereka risau dijangkiti Covid-19,” katanya yang kehilangan ramai pelanggan.

Ada juga pemilik restoran mengatakan kekurangan tukang masak luar seperti dari Thailand juga menjadi penyebab masakan tidak sesedap seperti sebelum ini dan menyebabkan pelanggan mula beralih ‘angin’.

Di Terengganu, pengusaha Kedai Nasi Kukus Alias Sempoi, Md. Adam Fikri Dahari, 30, berkata, dia tidak berani membenarkan dine-in kerana sebahagian besar daripada 20 pekerjanya masih belum mendapat janji temu suntikan vaksin Covid-19.

“Saya tidak berani beri pelanggan dine-in biarpun mereka sudah lengkap vaksinasi demi keselamatan pekerja saya.

“Saya bimbang kedai makan saya jadi punca penularan Covid-19, lebih risau ia merisikokan pekerja saya,” katanya.

Sumber : K! ONLINE.

Teruskan bersama kami selepas anda membaca sila like & share. Video bantuan khas covid-19 boleh anda lihat disini. Terima kasih

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.