Cad4ngan Kementerian Pendidikan (KPM) mahu memberi tugasan lain kepada seramai 2,500 guru yang menolak pemberian vaksin dikhu4tiri bakal membebankan guru telah divaksin.

Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Anuar Ahmad berkata, jumlah 2,500 guru menolak v4ksin itu adalah sangat ramai dalam konteks persekolahan di Malaysia.

“P4da waktu masih ada sekolah di Malaysia kekurangan guru, ketiadaan 2,500 guru untuk mengajar dalam kelas apabila sekolah dibuka semula akan menimbulkan masalah lain.

 

“Guru yang telah vaksin mungkin akan diminta menggantikan tugas mengajar guru terbabit. Ini akan menambah beban sedia ada para guru dan boleh memberi kesan kepada pendidikan pelajar,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Jumaat lalu KPM memaklumkan kesemua 2,500 guru yang menolak pemberian vaksin tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka dan akan diberi tugasan lain di sekolah.

Anuar berkata, guru tanpa suntikan vaksin tetap berada di kawasan sekolah melakukan tugas lain dibimbangi akan menimbulkan kekhuatiran dalam kalangan ibu bapa.

Justeru, katanya, KPM perlu mempunyai pendekatan lebih jelas dan meyakinkan berhubung kedudukan 2,500 guru terbabit supaya ibu bapa berasa selesa untuk menghantar anak ke sekolah.

Jelas beliau, pelajar lain terus mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah sehingga semua guru serta pelajar telah divaksin dan kes jangkitan Covid-19 telah berjaya diturunkan.

“Kita khuatir ramai ibu bapa belum bersedia untuk menghantar anak mereka ke sekolah disebabkan kes jangkitan masih tinggi.

“Keadaan itu akan mewujudkan dua kelompok pelajar iaitu yang ke sekolah dan tidak ke sekolah sekali gus menyulitkan pihak sekolah dalam memastikan pendidikan kedua-dua kelompok itu,” katanya.

Sementara itu, guru sekolah rendah yang hanya mahu dikenali sebagai Cikgu Nan, 43, berkata, guru yang tidak divaksin perlu melakukan ujian saringan kendiri setiap minggu dengan kos yang ditanggung sendiri.-

Sumber : K! ONLINE.

Teruskan bersama kami selepas anda membaca sila like & share. Video bantuan khas covid-19 boleh anda lihat disini. Terima kasih

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.