Proses pengkreditan B4ntuan Kh4s Covid-19 (BKC) bagi F4sa Satu akan bermula esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dana berjumlah RM3.1 bilion telahpun disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan untuk pembayaran BKC.

“BKC akan mem4nfaatkan seramai 10 juta penerima yang memfokuskan kumpulan sasar terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan.

“Saya berharap, pemberian bantuan ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya tadi.

VIDEO BANTUAN KHAS COVID-19

Selain itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan kini melaksanakan rangsangan ekonomi rakyat dan negara melalui inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

“Besar harapan saya untuk memastikan usaha ini berjaya demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” ujarnya. – Sumber : K! ONLINE.

Teruskan bersama kami selepas anda membaca sila like & share. Video bantuan khas covid-19 boleh anda lihat disini. Terima kasih

MAKLUMAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen -komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pengomen itu sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.