KUMPULAN guru yang enggan atau m4sih belum menerima v4ksin Covid-19 tidak dibenarkan terlibat dalam sesi pengajaran di dalam kelas serta berinteraksi secara bersemuka dengan pelajar, demikian ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), lapor Astro Awani.
Tegas Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, tindakan itu dibuat bagi memastikan sesi persekolahan yang akan dibuka kelak selamat untuk kumpulan pelajar, guru dan pihak pengurusan sekolah.
Sehingga kini ujar Radzi, pihak KPM telah mengenal pasti 2,500 orang guru yang enggan menerima vaksin di seluruh Malaysia atas faktor kesihatan serta sebab-sebab lain seperti tidak yakin dan sebagainya.
Susulan itu, kementerian akan melaksanakan sesi libat urus bersama tenaga pengajar terbabit, kata Radzi.
“KPM (juga) akan keluarkan panduan dan pada masa sama kita sedang berbincangan dengan pihak JP4 tentang apakah tindakan yang boleh diambil kepada guru yang masih belum divaksinkan ini,” kata beliau.
Dalam pada itu, Radzi mengesahkan sesi persekolahan secara bersemuka akan tetap dilaksanakan pada 3 Oktober ini.
Bagaimanapun, keputusan itu tidak akan melibatkan negeri-negeri yang masih berada di dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Untuk rekod, negeri-negeri yang masih berada dalam Fasa 1 PPN ialah Kedah, Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Tegasnya, keputusan membuka sesi persekolahan bermula 3 Oktober dibuat berdasarkan penelitian lanjut selain mengambil kira pertimbangan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Radzi berkata, beberapa prosedur operasi standard (SOP) berkaitan sesi persekolahan juga akan diperketatkan.
Beliau turut akan mengumumkan Pelan Komprehensif Pembukaan Semula Sekolah dalam masa terdekat. – mstar.com
Mahu melancong ke Sabah – Mabul & Bohey Dulang – Lihat disini
Teruskan bersama kami selepas anda membaca sila like & share. Terima kasih